Banjir yang melanda terengganu Disember lalu adalah episod terburuk dalam tempoh lima tahun dengan anggaran kerugian hampir RM50 juta bagi sektor pertanian, perikanan dan penternakan.<br /><br />Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata jumlah itu adalah penilaian awal bagi sektor berkenaan membabitkan 3,697 pengusaha di negeri itu.